Monday, April 15, 2013

SPE : Ringkasan Bab 3 Fahaman Pemikiran & Etika



SEKULARISME

  •  Merupakan satu ideologi terkini yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas.

  • Matlamat usaha penyebaran ideologi Sekularisme untuk melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat dan mendaulatkan negara sekular.

  • Perjuangan utama Sekularisme berkaitan dengan urusan keduniaan yang mesti dipisahkan daripada hal-hal keagamaan seperti politik, soaial, pentadbiran dan undang-undang dan hanya bertumpukan kepada persoalan kebendaan semata.

  • Sekularisme turut memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah dalam sesebuah negara.

  • Prinsip Sekularisme menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang terlebih dahulu terhasil melalui bukti ujikaji bukan hasil doktrin agama.


DEFINISI SEKULARISME

  • Perkataan dasar bagi Sekularisme ialah sekular yang berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’. Saeculum membawa maksud masa dan tempat. Maksud sekular yang merujuk kepada masa ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan manakala tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata (J. A. Amurray & H. Bradley 1994).

  • Sekular juga memberi penjelasan yang bermaksud pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual, rohani dan jasmani. Tegasnya Sekularisme merupakan satu fahaman yang berkaitan dengan pemisahan secara mutlak antara agama dan dunia.

  • Dari segi aspek falsafah, sekular ialah sebuah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan daripada kehidupan manusia.

  • Oleh itu, ia merupakan sebuah doktrin yang terdiri daripada unsur-unsur moral yang berteraskan kepada keperluan dan kehendak manusia tanpa merujuk kepada kepercayaan Tuhan dan masa depan iaitu hari akhirat.

  • Selain itu, Sekularisme ialah suatu sistem tatasusila yang didasarkan kepada prinsip-prinsip moral sejagat dan terlepas dari ajaran agama atau alam ghaib.

  • Sekularisme juga diterjemahkan sebagai pemisah antara urusan politik daripada ajaran agama seperti yang diketengahkan oleh Nicollo Machiavelli.


NEGARA SEKULAR

  • Negara Sekular merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut.

  • Ia ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah.

  • Oleh itu, negara Sekular pada dasarnya merujuk kepada sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegas antara agama dan negara.

  • Sekularisme dalam istilah politik merupakan satu gerakan ke arah pemisahan antara agama dan kerajaan.

  • Sekularisme mempunyai kaitan yang sangat erat dengan zaman kesedaran Eropah dalam memperjuangkan hak-hak rakyat dalam masyarakat Barat.

  • George Holyoake menggariskan tiga prinsip penting yang perlu diketengahkan dan wajar diaplikasi dalam sebuah kehidupan masyarakat berbentuk Sekular iaitu :-


                                                                    i.            Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan.
                                                                  ii.            Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
                                                                iii.            Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan tersebut.

SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME

Antara faktor terbaik yang merancakkan kelahiran ideologi dan pengembangannya ke seluruh dunia :-
  • ·         Penindasan pihak gereja
  • ·         Kelahiran teori Darwin

- PENENTANGAN & PENGASINGAN KUASA GEREJA
  • Sekularisme lahir dan mula bertapak di negara Barat pada abad pertengahan iaitu pada zaman pembaharuan Eropah sebagai satu tindak balas rakyat terhadap sikap gereja.
  • Kelahiran Sekularisme secara jelas berlaku semasa pemberontakan dan penentangan nasionalisme pada kurun ke-17 Masihi seiring dengan perkembangan industri di benua Eropah.
  • Gerakan golongan Protestan yang menentang Katolik pada abad pertengahan berlaku untuk menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah secara keseluruhan.
  • Ideologi Sekularisme muncul hasil daripada perbalahan hebat antara barisan pemimpin yang pro kerajaan dengan para paderi gereja. Selain itu, sering juga berlaku perbalahan antara para saintis dengan para paderi di gereja yang memegang kuasa dan mementingkan diri sendiri.
  • Akhir perbalahan lahir usul baru yang membakar semangat rakyat supaya memisahkan antara urusan agama dengan dunia.
  • Usaha memisahkan antara urusan agama dan pentadbiran negara telah lahir slogan yang berbunyi “ Berikan hak Ceaser kepadanya dan berikan hak Tuhan kepada Tuhan”. Oleh itu, urusan negara diuruskan oleh pihak pemerintah manakala pihak gereja menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan urusan keagamaan.
  • Perkembangan dan perjuangan yang berterusan telah mengubahkan pula slogan tersebut kepada “Berikan hak Ceaser kepadanya dan berikan hak Tuhan kepada Ceaser”. Slogan tersebut jelas memerihalkan bahawa bukan sahaja pihak gereja malah Tuhan juga tidak ada peranan lagi dalam urusan dunia.
  • Kemuncak pertengahan berlaku dalam abad ke-19 yang menyebabkan agama disingkirkan terus daripada politik, ekonomi dan ilmu pengrtahuan.

- KEMUNCULAN TEORI CHARLES DARWIN
  • Charles Robert Darwin merupakan seorang ahli Biologi berbangsa Inggeris. Beliau lahir pada tahun 1809 Masihi.
  • Ketika mendengar berita tentang sebuah kapal laut akan melancong mengelilingi dunia, beliau ikut serta dengan tujuan untuk menerokai lautan dan daratan selama beberapa tahun. Sepanjang menempuh pengembaraan tersebut beliau berkesempatan melakukan penelitian ilmiah.
  • Hasil penelitian tersebut lahirnya teori Evolusi Species yang harus diterima oleh keseluruhan masyarakat dunia.
  • Beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi bentuk makhluk hidup yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan.
  • Beliau telah membuat embriologi tentang binatang dengan mengatakan kesempurnaan dan kejadian makhluk hidup sesuai dengan pembuktian fisiologi dan persamaan struktur janin manusia dengan ikan dan katak kepada para ahli ilmu Biologi. Begitu juga dengan klon manusia yang membawa bukti masih memiliki hubungan kekeluargaan dengan klon binatang.
  • Doktrin dasar Darwinisme menyatakan makhluk hidup muncul menjadi ada dengan sendirinya secara spontan sebagai akibat peristiwa kebetulan.
  • Falsafah materialisme mengandungi kepalsuan tentang asal kejadian manusia yang ada kaitan dengan matlamat utamanya iaitu kebendaan sehingga mampu menolak konsep kewujudan Pencipta.
  • Kelemahan dan keburukan materialisme ialah usaha meniupkan semangat keganasan dan perbalahan untuk menyerang sesebuah negara dan masyarakat yang lahir melalui doktrin Komunisme.

PRINSIP-PRINSIP SEKULARISME

  • Prinsip-prinsip utama fahaman sekularisme :-
-        Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia.
-        Aliran pemikiran sekular berpendapat hanya perjuangan kebendaan sahaja yang   memberi jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat.
-       Ilmu Sains secara semulajadi diyakini menepati kehendak sekular.
-       Sekular mengutarakan prinsip moral yang liberal bagi membolehkan manusia mencapai matlamat tersendiri.
-       Kepentingan Sekularisme dapat dijelaskan dalam utilitarian. Utilitarian adalah prinsip sekularisme yang membawa idea apa yang perlu dan patut diusahakan oleh manusia adalah perkara yang berguna dari aspek kebendaan. Utilitarian mempunyai tafsiran yang pelbagai bergantung kepada kekuatan akal manusia bagi mentafsir, mengolah dan membuat penilaian.

CIRI-CIRI SEKULARISME

1.      Penafian hal-hal kerohanian.
2.      Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
3.      Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
4.      Menolak keimanan kepada Allah dan kosep ibadah.
5.      Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral.
6.      Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama. Corak pemerintahan negara perlu dibezakan agar tidak sepadu antara politik dan agama.
7.      Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek.
8.      Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan wariasan tradisi yang tidak ada hubungan dengan hukum syariat yang suci.
9.      Penerapan syariat Islam atau nilai-nilai Islam akan merugikan penganut agama bukan Islam yang boleh menjadi ancaman besar kepada sesebuah persatuan.
10.  Menganggap bahawa syariat Islam sangat terbelakang, primitif dan ketinggalan zaman. Oleh itu ajaran Islam perlu diambil melalui prinsip pragmatisme dan utilitarianisme.
11.  Menyebarkan faham-faham yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri.

KAEDAH PENYEBARAN FAHAMAN SEKULARISME
  • Bidang pendidikan
  • Media massa
  • Undang-undang

PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI PENDIDIKAN
  • Menghantar pelajar ke negara luar untuk melanjutkan pengajian.
  • Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan.
  • Memperkenalkan institusi pendidikan asing di negara-negara Islam.
  • Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam sesi pengajaran.
                 kesan - akan melemahkan nafsu seks antara 2 jenis.
                           - merangsang nafsu syahwat.

PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI MEDIA MASSA
  • Media massa memainkan peranan yang sangat besar untuk menyebarkan fahaman Sekular. Tayangan-tayangan yang terpampang di televisyen, majalah dan media massa yang lain tidak membawa perkembangan ilmu pengetahuan dan pengamalan ajaran malah mendorong ke arah kejatuhan akhlak Islam.

PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI UNDANG-UNDANG
  • Golongan sekular berusaha dengan sedaya upaya untuk menjauhkan Islam dari kekuasaan pemerintahan. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam masalah yang sangat kecil sehingga Islam kelihatan tinggal namanya sahaja. Negara Islam yang ingin melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima tekanan hebat dari pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu sendiri. Ini adalah sebahagian dari perancangan dilakukan oleh golongan sekular untuk menjauhkan umat Islam dari mengamalkan agamanya.

KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)
  • Manusia bercita-cita tinggi . Untuk mencapai cita-cita, manusia akan menggunakan akalnya. Jika manusia dapat menggunakan akalnya dengan betul dan bijaksana dia akan membentuk nilai-nilai moral yang baik.
  • Antara kelemahan manusia bercita-cita tinggi ialah prinsip ini tidak realistik, ia menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia pada ketika ini tidak lagi penting. 

LIBERALISME
  • Merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluamg.
  • Aliran Liberalisme merupakan lanjutan daripada zaman Renaissance di Itali iaitu pada zaman kebangkitan yang berlaku di Eropah.
  • Fahaman liberalisme mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu mempunyai kebebasan tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimum dalam ekonomi, politik dan sosial atau kebebasan moral.
  • Liberalisme dari sudut agama bermula daripada gerakan seorang tokoh yang bernama Martin Luther (1483-1546), beliau adalah tokoh protesan yang menentang penindasan dan keganasan gereja Katolik sebelum zaman Renaissance. Gerakan ini membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama protestan pada abad ke-16 Masihi.
  • Liberalisme dari sudut politik pula adalah dimana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Ia menekankan perjanjian sosial di mana rakyat merangka undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut.
  • Aliran Liberalisme mempunyai hubungan yang rapat dengan kelahiran Negara demokrasi Eropah.
  • Liberalisme dalam ekonomi pula memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli.

MODENISME
  • Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
  • Ia juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol.
  • Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.
  • Semangat modenisasi bermula semenjak era Renaissance abad ke-16 Masihi dan pencerahan pada abad ke-18 Masihi. Keberanian manusia menguasai alam dan melepaskan diri daripada dogma-dogma institusi agama menjadikan mereka memasuki era baru, era pasca abad pertengahan, iaitu era moden.

HUMANISME
  • Dari segi takrifnya fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong. Dialah yang menentukan hukum-hakam. 

- Sifat Fahaman Humanisme
Fahaman humanisme mempunyai sifat-sifat tertentu seperti :-

a)      Percampuran bebas
-        Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan tanpa sekatan dan digalakkan atas tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan dari segi hak asasi dan tanggungjawab.
-        Humanisme berusaha menghapuskan halangan-halangan tabii antara lelaki dan perempuan seperti merasa malu (haya’).

b)      Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan.
                                                        i.         Istilah ‘unisek’ dipopularkan bagi kedai gunting rambut.
                                                      ii.         Istilah yang digunakan bagi pelakon-pelakon filem adalah ‘bintang- bintang’ filem.
                                                    iii.         Istilah ‘Gay’ yang digunakan untuk kumpulan yang melakukan hubungan sejenis (homoseks) yang dilarang oleh hokum Islam.
                                                    iv.          Istilah ‘Chairman’: ia pada lazimnya digunakan untuk individu yang mempengerusikan sesuatu majlis.
                                                      v.          Istilah ‘He’ yang digunakan sebagai gantinama untuk Tuhan.

c)      Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan.
-       ‘Penukaran peranan’ (change role) antara lelaki dan perempuan adalah untuk menggalakkan percampuran bebas.
-        Pertubuhan ‘Illuminati’ musuh Allah s.w.t. mengutarakan ide bahawa wanita yang berharga adalah wanita yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya, di mana kerjaya diberi nilai, dalam bentuk gaji atau kenamaan atau pengiktirafan.

d)     Gerakan pembebasan wanita
-        Istilah ‘pembebasan’ di sini bermaksud (pada awal sejarahnya) membebaskan diri daripada kezaliman khasnya dari kongkongan peraturan-peraturan agama Institusi Gereja Katolik Rom.
-        Gerakan Pembebasan Wanita lahir di Amerika dan Eropah.
-        Sememangnya terdapat unsur-unsur perjuangan mereka yang betul, tetapi mereka menuju kepada kesalahan yang sangat berbahaya.

e)      Kaunseling berkelompok
-        untuk menghapuskan perasaan malu, mereka mengadakan kaunseling berkelompok.
-        Peserta lelaki dan perempuan berjumlah 7 atau 8 orang didudukkan bercampur secara bulatan.
-        Setiap seorang menceritakan masalah masing-masing mendedahkan apa jua kesulitan.
-        Seorang pengawas menjadi pemandu perbincangan.

f)       Pendidikan seks
-        pendidikan seks telah dimulakan di Sweden pada tahun 1940 bermula dengan ‘panduan-panduan bagi pendidikan moral’.
-        Tetapi didapati dari tahun 1956 banyak cara pendidikan mencerobohi panduan-panduan tersebut.
-        Dalam suasana di mana negara mengamalkan sistem pendidikan sekular, amalan-amalan seks yang ganjil dan curang pun disyorkan diajar sebagai kaedah yang direstui oleh undang-undang negara untuk memenuhi kemahuan seks.
-        Menurut nilai-nilai ‘pluralistik’ mereka menganggap bahawa seks di luar nikah tidak mengapa kerana ‘kita perlu menghormati semua pendapat’.
-        Akibat daripada program tersebut ialah kes-kes penyakit kelamin di kalangan remaja telah meningkat kepada yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara-negara ‘maju’ yang lain di barat, iaitu 24,000 kes pada 1964 bagi remaja (wanita) berunur 15-19 tahun.

No comments:

Post a Comment